Anjung ABUAIMAN

KELAPA OH KELAPA…

Posted on: October 10, 2008

Siapa tidak kenal kelapa. Dari akar hingga ke pucuk, semua ada guna. Kalau di Sulawesi tempat kelahiran nenekku, bruti kayu untuk dijadikan gelagar rumah dihasilkan daripada batang kelapa. Kalau hari raya, pucuk daun kelapa diguna untuk buat ketupat. Kalau tidak mau batang dan daun, buah mudahnya boleh di ambil. Kalau di Sabah ada satu lokasi pelancongan terkenal dengan buah kelapa muda. Bulatan Salut berdekatan KKIP merupakan lokasi pelancong mencari pelbagai jenis kelapa. Kelap muda ada…Kelapa Bakar juga ada…yang paling digemari di lokasi ini adalah kelapa puding. Kami sering ke sini. Gerai pilihan kami adalah Sudi Mampir, pemiliknya orang Jawa.  Puding Kelapa Cawan harganya RM2, Puding kelapa dalam kelapa RM4, Kelapa Bakar RM2.50 dan Kelapa Muda RM 1.50.

Kalau ke Likas Plaza, kita juga akan bertemu kelapa Bakar disini, Cuma kelapa bakar di kedai Ust. Ku amat istimewa sedikit kerana kelapa ini digunakan untuk tujuan perubatan. Kalau ada sesiapa yang kencing tidak lawas, datanglah ke kedai ini untuk dapatkan kelapa bakar pelawas kencing. Harganya RM 2.50.

Hari ini, kerajaan terpaksa mengimport 600 ribu buah kelapa tua dari Indonesia kerana Malaysia tidak mampu membekalkan kelapa sebanyak itu. Dilaporkan jumlah itu adalah untuk memenuhi keperluan kaum India bagi menyambut Deepavali pada 27 Oktober ini.

Lalu terlintas difikiranku….Bagaimanakah kalau satu hari nanti, kelapa  akan mengalami krisis sepertimana kita alami krisis beras baru-baru ini. Mungkin akan banyak kawasan yang digazetkan untuk tanam kelapa…Tapi maukah orang tanam kelapa. Mungkin orang kata, daripada tanam kelapa lebih baik tanam kelapa sawit…lagi untung. Kalau tiada tambahan tanam kelapa, yang terima kesannya mungkin orang India yang ingin sambut perayaan mereka. Atau peniaga-peniaga di Salut atau pengamal perubatan seperti Ust. Ku…. Atau mungkin juga, kita tidak akan bertemu lagi dengan masakan lemak cili api. Atau kuih Onde-Onde akan mengakhiri riwayatnya. Ataupun mungkin penjual santan terpaksa melelong mesin pemerah santannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

TAKWIM HIJRAH

HARGA EMAS

To get the gold price, please enable Javascript.

%d bloggers like this: